Sunday, January 5, 2014

Antara pic yg sempat di upload kt blogger berhabuk teman ni....


H

Percutian ke Langkawi bersama keluarga

Langkawi 21 -23 disember 2013
Alhamdulillah, akhirnya dapat jugak bawa family bercuti ke langkawi yg pada awal perancangan dibuat x der masalah.....
Last2 bila dh booking homestay n kereta sewa mcm2 plk dugaan yg Allah bagi dengan kereta kena langgar belakang,adik plk ada meeting kt sekolah n adik ipar plk cuti tambahan dia x diluluskan....

Bila dh jadi mcm tu, mulala mood nk pergi bercuti hilang....
Tp usaha jgkla n akhirnya dapat pergi semua sekali adik beradik n adik ipar ke Langkawi.

Hari Sabtu lebih kurang kul 4am lps adik ipar sampai umah, terus bergerak ke kuala perlis. Lebih kurang pukul 12.30 sampai kuala perlis, parking kereta, ambik tiket (tiket dh siap beli ), adik yg belikan sbb dia smpai awal kt kuala perlis dr KL, pastu solat semua tunggu feri kul 2.30pm.

Time cuti sekolah, ramai nyer umat manusia..jenuh tgk gelagat masing2 yg mcm2 gelagat n gaya.

Kul 2.30pm naik la feri ke Langkawi yg mengambil masa 1 jam 15 minit.

Sampai je jety Langkawi, tunggu kereta sewa sampai ( Alza n Vios ) sewa sebuah kereta rm200 untuk 3 hari 2 malam. Hampir sejam gak la menunggu sbb jalan nam ke jety jem.

Bila kereta sewa dh dapat, kami pun menuju ke stesen minyak petronas utk mengisi minyak ( biasala kereta sewa minyak mmg lip lap2 la) dan kebetulan owner homestay tu pun dh tunggu kami kt stesen minyak utk dibaww ke homestay nyer.

Kami di bawa ke homestay di Kuah 15 minit dr jety. Sampai je homestay, alhamdulillah cantik n selesa. Rumah taman 3 bilik 2 bilik air...3 hari 2 malam dia cas rm350. Semua peralatan masak n membasuh ada disediakan. Senang nk masak n membasuh.

Lepas berehat n makan, dalam pukul 6.00pm kami ke Airport Langkawi, nak ambik adik plk sbb dia ada ujian medsi kt uitm so x dpt nk g sama ngn kitaorang, so terpaksala dia ambik flight dr KLIA - Langkawi...so ambik la dia....pastu singgah solat lps solat kami ke jetty semula utk ambik adik lagi. Bukan senang nk kumpul sekali sbb masing2 dgn hal masing2 yg x dpt dielakkan. Tp alhamdulillah semua dpt pergi.

Malam tu destinasi seterusnya ke Langkawi plaza x silap borong coklat n barang dapur. Pastu kami singgah makan. Lps makan malam terus balik ke homestay. Masing2 dh penat, tidooooo.

Hari ke 2 : destinasi seterusnya ke Haji Ismail Group, Langkawi Saga n Idaman Suri...habis penuh bonet kereta n ruang yg ada. Lps shoping kami ke Airport Langkawi lagi nak hantar adik ipar balik ke PD hari tu jgk..flight kul 2.30. Dapat datang sekejap pun jadila kan....next time g lagi.hhee

Pas hantar adik ipar ke airport terus ke masjid solat. Pastu ke BERAS TERBAKAR, CABLE CAR, PANTAI CENANG N HAJI ISMAIL GROUP lagi.x habis shoping lg.huhu. pastu beli makanan kat pasar malam n balik makan kt homestay.

Hari ke 3 : hari nak balik dah. Mula pening kepala mcm mn nk bawa barang2 yg banyak ni...hahahhah, masing2 tawakal jer.
Sebelum balik, sempat lg singgah WISMA HJ ISMAIL GROUP yg baru n besar...singgah RAM n terus ke jetty..

Sampai jetty check kastam semua, Alhamdulillah lepas ( simpan tiket pergi) in sha Allah lepas kastam.

Cadangnya nk ke Dataran Helang, tp x dan. Masa  x cukup....xpelah next time dtg lg...janji barang2 yg kami nak dh dapat.hahahaha

Naik feri kul 1.45pm ke jetty Kuala Perlis. Alhamdulillah, barang2 semua ok n selamat. Sampai jetty barang x muat coz kereta wira n myvi....bonet kereta myvi tau je la ya amat comel...hrap bonet kereta wira jenuh gak la....

Pastu percutiaan kami diteruskan lagi semalam di Kangar, Perlis...dok tido semalam kt homestay di Kangar, esok paginyer je Padang Besar. Alhamdulillah time kami pergi tu kes tembakan dh x der n kembali normal....dptla menyoping lg di Padang Besar....

Selesai aktiviti di Padang Besar, kami berangkat pulang sampai rumah jam 9.30 pm...hehe

Friday, December 27, 2013

My SWEETHEART...


16 disember 2013
Bt 14 lekir...
Duhai kereta kesayangan ku kena cium lagi bt kali kedua.....
Kali ni lebih teruk dari kali pertama....
Masuk icu 2 bulan....
Time ni otw nk g sekolah,tgh sedap bawa keta, tiba2 kt selekoh ni ada lori terbalik so habisla barang2 dalam lori tu jatuh ke jalan. Jadinya jalan sebelah kanan aku tu ditutup untuk kereta sebelah sana.....
Ntah macam mana ada la beberapa orang yang jaga lalu lintas soh kereta aku ni berhenti..
Aku pun nampak macam ada something je kat depan tu, aku pun slowkan kereta n dengar pakcik tu kata berhenti. Aku pun berhentila....ingatkan apa la dia soh berhenti, rupa2 dia nak bg org laluan bertentangan aku tu jalan. Aku pun berhentikan kereta, kiranya aku depan sekali,kereta depan aku x der....
Beberapa saat kemudian, aku dengar pakcik tu menjerit n tiba2 aku rasa macam benda bergoncang... n rasa belakang kepala aku sakit. Segala macam barang2 dalam kereta aku habis jatuh kebawah.....
Pastu aku kuar dari kereta n tanya pakcik2 kt situ, kenapa?tiba2 aku blurrrrr...mmg rasa x pijak tanah time tu.....
Ada sorang pakcik tu kata kereta aku kene langgar belakang.....
X dapat nak luahkan apa yg aku rasa time kene tu....mmg x terkata...pas kena tu, aku wassup family aku n call my lovely mom, bgtau....
Pastu mak n abah aku gerak ke tmpt kejadian.....
Org yg langgar kereta aku tu pun x terkata, senyap jer.....masing2 terkejut kot.
Cuma aku bgtau dia bt report n aku nak claim insurans dia....
Pastu aku dok dalam kereta tunggu parents aku datang...
Bila parents aku sampai terus ke balai polis n terus ke toyota....masuk icu kt toyota.....
B4 gerak nk g sekolah malam n pagi tu, hati ni mmg dh x sedap....rasa malas jer sebenarnya nak gi sekolah hari tu. Rupa2 ada benda nak jadi....
Kuasa Tuhan, kita x tau...adalah hikmah disebalik kejadian ni....
Harap lepas sweetheart  kuar wad, jangan la jadi benda2 buruk lagi.....x sanggup aku...sampai sekarang aku terasa2 time kereta stop ada jer kereta belakang nak cium....



Monday, November 25, 2013

NUTRIFERON SHAKLEE

Tinggalkan PANADOL....jom bertukar kepada VITAMIN SHAKLEE untuk menjamin kesihatan anda...

Siapa yang memerlukan NUTRIFERON?
  • Anda yang mengalami
  1. batuk
  2. selsema
  3. resdung
  4. alergik
  5. ekzema
  6. demam
  7. menopaus
  8. membantu masalah PMS
  9. melewatkan penuaan
  10. meringankan tekanan dan kelesuaan
  11. melindungi tahap influenza
  12. melawan kanser dan tumor
  13. menguatkan sistem imun dalam masa 3 hari
  14. cirit birit

Cara Pengambilan Nutriferon Shaklee:
1)Bagi anda yang mula rasa tidak sedap badan, anda cuma perlu bancuh 1 sachet nutriferon bersama air atau boleh juga dikunyah dan ditelah sahaja.In sha Alah esoknye mesti terus tak jadi demam atau selsema tu.
2) Bagi anda yang sihat memadailah dengan pengambilan Nutriferon 1 sekali sachet seminggu.
3) Untuk kanak-kanak hanya 1/3 sachet je ye.
Mencegah lebih baik daripada merawat.
Ingin dapatkan Nutriferon Shaklee untuk anak anda dan keluarga?
PM FB: Yana Nurdin / whatsapp 01112856046

PROJEK HARI INI...

Mengaktifkan blog yang dh lama tersadai n menyepi....
kesian kan...
nasibla dapat tuan yang sibuk n kurang masa mengadap skrin...

tapi hari ini...
in sha Allah blog ini akan diupdate dengan info yang boleh dikongsi kepada semua..

nak tau apa dia....

SHAKLEE SHAKLEE SHAKLEE.....

Friday, September 13, 2013

Kami sayang kamu semua...

10 September 2013, Akhirnyer  dapat gak aku pacakkan singboard ni...tanda penghargaan guru2 kpd anak didiknyer...Alhamdulillah...Terima Kasih Ya Allah

Suka suki hari guru 2013

Hahaha....dh basi gambar ni. Tp xpe, org2 dalam gambar ni still kiut miut....kemeriahan sambutan Hari Guru SKSP 2013...