Sunday, January 5, 2014

Percutian ke Langkawi bersama keluarga

Langkawi 21 -23 disember 2013
Alhamdulillah, akhirnya dapat jugak bawa family bercuti ke langkawi yg pada awal perancangan dibuat x der masalah.....
Last2 bila dh booking homestay n kereta sewa mcm2 plk dugaan yg Allah bagi dengan kereta kena langgar belakang,adik plk ada meeting kt sekolah n adik ipar plk cuti tambahan dia x diluluskan....

Bila dh jadi mcm tu, mulala mood nk pergi bercuti hilang....
Tp usaha jgkla n akhirnya dapat pergi semua sekali adik beradik n adik ipar ke Langkawi.

Hari Sabtu lebih kurang kul 4am lps adik ipar sampai umah, terus bergerak ke kuala perlis. Lebih kurang pukul 12.30 sampai kuala perlis, parking kereta, ambik tiket (tiket dh siap beli ), adik yg belikan sbb dia smpai awal kt kuala perlis dr KL, pastu solat semua tunggu feri kul 2.30pm.

Time cuti sekolah, ramai nyer umat manusia..jenuh tgk gelagat masing2 yg mcm2 gelagat n gaya.

Kul 2.30pm naik la feri ke Langkawi yg mengambil masa 1 jam 15 minit.

Sampai je jety Langkawi, tunggu kereta sewa sampai ( Alza n Vios ) sewa sebuah kereta rm200 untuk 3 hari 2 malam. Hampir sejam gak la menunggu sbb jalan nam ke jety jem.

Bila kereta sewa dh dapat, kami pun menuju ke stesen minyak petronas utk mengisi minyak ( biasala kereta sewa minyak mmg lip lap2 la) dan kebetulan owner homestay tu pun dh tunggu kami kt stesen minyak utk dibaww ke homestay nyer.

Kami di bawa ke homestay di Kuah 15 minit dr jety. Sampai je homestay, alhamdulillah cantik n selesa. Rumah taman 3 bilik 2 bilik air...3 hari 2 malam dia cas rm350. Semua peralatan masak n membasuh ada disediakan. Senang nk masak n membasuh.

Lepas berehat n makan, dalam pukul 6.00pm kami ke Airport Langkawi, nak ambik adik plk sbb dia ada ujian medsi kt uitm so x dpt nk g sama ngn kitaorang, so terpaksala dia ambik flight dr KLIA - Langkawi...so ambik la dia....pastu singgah solat lps solat kami ke jetty semula utk ambik adik lagi. Bukan senang nk kumpul sekali sbb masing2 dgn hal masing2 yg x dpt dielakkan. Tp alhamdulillah semua dpt pergi.

Malam tu destinasi seterusnya ke Langkawi plaza x silap borong coklat n barang dapur. Pastu kami singgah makan. Lps makan malam terus balik ke homestay. Masing2 dh penat, tidooooo.

Hari ke 2 : destinasi seterusnya ke Haji Ismail Group, Langkawi Saga n Idaman Suri...habis penuh bonet kereta n ruang yg ada. Lps shoping kami ke Airport Langkawi lagi nak hantar adik ipar balik ke PD hari tu jgk..flight kul 2.30. Dapat datang sekejap pun jadila kan....next time g lagi.hhee

Pas hantar adik ipar ke airport terus ke masjid solat. Pastu ke BERAS TERBAKAR, CABLE CAR, PANTAI CENANG N HAJI ISMAIL GROUP lagi.x habis shoping lg.huhu. pastu beli makanan kat pasar malam n balik makan kt homestay.

Hari ke 3 : hari nak balik dah. Mula pening kepala mcm mn nk bawa barang2 yg banyak ni...hahahhah, masing2 tawakal jer.
Sebelum balik, sempat lg singgah WISMA HJ ISMAIL GROUP yg baru n besar...singgah RAM n terus ke jetty..

Sampai jetty check kastam semua, Alhamdulillah lepas ( simpan tiket pergi) in sha Allah lepas kastam.

Cadangnya nk ke Dataran Helang, tp x dan. Masa  x cukup....xpelah next time dtg lg...janji barang2 yg kami nak dh dapat.hahahaha

Naik feri kul 1.45pm ke jetty Kuala Perlis. Alhamdulillah, barang2 semua ok n selamat. Sampai jetty barang x muat coz kereta wira n myvi....bonet kereta myvi tau je la ya amat comel...hrap bonet kereta wira jenuh gak la....

Pastu percutiaan kami diteruskan lagi semalam di Kangar, Perlis...dok tido semalam kt homestay di Kangar, esok paginyer je Padang Besar. Alhamdulillah time kami pergi tu kes tembakan dh x der n kembali normal....dptla menyoping lg di Padang Besar....

Selesai aktiviti di Padang Besar, kami berangkat pulang sampai rumah jam 9.30 pm...hehe

No comments: